MISS_KEKACANG VS EN_TEDY ......

Monday, 2 December 2013

Past is past..And now you are the reason I smile today _en.Tedy_

Ehem ehem..!!!!! Assalamualaikum..

Mood tunggang langgang kali nie.. Mungkin kerana terlalu ambil serius dengan sesuatu perkara yg membuatkan miss jadi stress.. Dan mungkin jugak sebab terlalu sejuk.. Otak pon jem..!!! Hujan woi.!!! Tak henti henti nie.. Rasa mcm nak pakai double sweater.. Tapi kalau tengok balik.??? Miss pakai triple kot..kiikii, Cenggini mood feeling pon best.. Mengingatkan miss pada satu kisah.. Rasa macam nak share dengan korang.. Kisah tak silap miss hampir 2 tahun yang lepas.. Kisah patah hati.. Jjyyeeahhh..!!! Bunyi nyew macam mudah.. Macam bunyi ranting patah.. "PRAAKKK..!!!!" I think it should be as simple as that "RANTING PATAH".. Tapi tak semudah itu.. Bila ia melibatkan hati dan perasaan.. Kisah dimana sedikit sebanyak mampu mengubah perangai dan tingkah laku seseorang yg mengalaminya..


Tapi... Tiba tiba miss rasa malas nak share.. U know what, past is past.. Buat apa kita nak ingat lagi.. But yang lepas itu boleh dijadikan pengajaran.. Bila kita redha melepaskan sesuatu yang bukan hak milik kita.. Percayalah Allah akan gantikannya dengan yang lebih baik.. Allah ambil sesuatu dari gengaman kita kerana Allah ingin tangan kita terbuka untuk menerima sesuatu yang lebih baik dari itu.. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.. Kisah silam yang menyakitkan mengajar kita menghargai sesuatu yang kita miliki.. Sakit itu.?? Tidak mungkin akan dibalas kepada orang lain.. Malah ia menjadikan sebab kepada kita untuk lebih menghargai.. Like I say, being hurt teach me not to hurt others.. Actually, its simple as I think..!!! Memang betul, Allah gantikan dengan yang lebih baik..




Instrument our love.. MAAF JIKA AKU TAK SEMPURNA




Dia lain dari yang lain.. Tak macam guys yg miss selalu jumpa.. Tak sweet kot..hiihii.. Romantik pon tak jugak.. Nak kate kelakar.??? Tak laaa kot, tapi kadang kadang laa perangai die tu kelakar.. Ayat tu tak reti nak cover langsung, sampai kadang miss yang geram.. Sakit hati pon ade.. Sebab ape.?? Ntahlah miss pon tak pasti.. Nak OTP(on the phone) selalu.?? Memang tak laa kan.. Seminggu sekali or dua minggu sekali baru nak gayut.. Itu pon bila da terasa rindu tahap gaban.. Nak dengar die cakap rindu.? Tersangatlah susahnya.. Die tak pandai nak buat ayat sweet yg boleh buat semua girl tergila gilakan.. Ayat berbunga bunga.??silap oranglah.. Die bukan macam tu.. Sampaikan miss panggil die dengan panggilan "KAYU".. Kayu sangat kew.?

Tak sebenarnyew, as long as I kenal die.. Ade jugak perkara sweet yg die pernah lakukan.. Ape die.?? its secret ok.. I'll keep it deep inside my heart.. Tingkah laku yg spontan.. Die seorang yg sederhana.. Tak cerewet.. Nak dengar die complain tersangatlah susah nyew.. Simple person.. Tapi setiap perlakuan yang die lakukan, miss tahu ikhlas dari hatinya.. yang paling penting, die terima miss seadanya.. I LOVE YOU ENCIK TEDY..


Biarlah hanya Allah yang tahu betapa sayangnya miss pada awak.. Awak akan sentiasa ada didalam doa miss.. Hanya itu caranya miss untuk luahkan rasa sayang ni pada encik tedy.. Nak cakap depan depan malu.. Semoga Allah sentiasa menjaga kamu dan hatimu untukku.... In shaa Allah

Tuesday, 26 November 2013

Ape pandang-pandang.?? Dah tak payah nak toleh kebelakang lagi

Assalamualaikum.....

Halluu halluu uolls.. Seronok pulak dok berangan beerr feeling habis pepetang cenggini.. Kalah mat jenin kali nie kot.. Ape yang miss berangankan.?? Oouchh..!!! Teringat kisah lamer ler tu kan miss.?? Pandai..!!! Baring sambil mate pandang ke siling tangan disilangkan ke dada dan kaki disilang ke atas.. Peerghh..!!! Fulamak..!!! ala-ala orang kaya gitu.. Kelasss kau jah.. (Kalau aku kaya, hari hari aku dok silang kaki kot)kiikii..

Miss masih ingat kisah dimana sebelum nie kita pernah jatuh dan bangkit semula.. Betapa susahnya untuk kita bangkit setelah jatuh bertubi-tubi.. Bak kata orang, dah la jatuh tangga, kene pulak hempap dengan kambing, tu tak cukup lagi.. Boleh pulak lembu-lembu jiran sebelah miss datang hempap.. (perumpamaan miss, hamboih haru cenggini..!!) Itu memang betul-betul jatuhkan.?? Sakitnya jatuh itu hanya kita dan Allah yang tahu.. Masa tu baru kita nampak siapa yang akan ada di sisi kita.. Dimana kawan dan dimana lawan.. Dimana yang tersayang dan dimana yang tak tersayang.. Alhamdulillah masih ada kawan-kawan yang sudi berada di sisi miss.. Yang paling penting mama and daddy miss sentiasa ada bersama.. And Allah always be with me even dalam keadaan susah dan senang.. And one more thing, ade someone yang sentiasa stay dengan miss.. He makes me proud of himself..

Comelkan.... ^_^


Cakap punya cakap pasal someone yang sentiasa stay dengan kita ketika susah or senang.. Miss teringat satu cerita nie.. Kisah antara murid dan cikgunya.. Korang mesti dah pernah baca kan.. But i know confirm uolls da lupakan kisah nie.?? Its ok, meh meh dekat-dekat miss nak story dengan korang sikit..

Kisahnya bermula pada suatu pagi hari persekolahan... Sungguh petah mulut murid ini bertanya itu dan ini.. Sedang asyik bertanya, terkeluar laa satu soalan terhadap gurunya berkaitan orang yang kita sayang......

Murid :
Cikgu boleh saya tahu.. Macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang.? Macam mana juga kasih sayang tu nak berkekalan.?

Cikgu :
Okeyh, awak ikut apa yang cikgu cakap.. Awak pergi dekat padang, jalan jew atas padang tu sambil tengok rumput-rumput didepan awak.. Pilihlah yang PALING CANTIK dan bawa ke kelas.. Jangan sesekali toleh ke belakang lagi, pilihlah yang hanya di depan awak bukan dibelakang.. Ingat pilihlah yang PALING CANTIK..!!!

Apabila murid tersebut kembali ke kelas, tiada walau sehelai rumput pun ditangannya.........

Cikgu : Laaaa... Kenapa tak ambik rumput.? Kan banyak rumput di padang tu.?

Murid : 
Tadi masa berjalan memanglah banyak rumput yang cantik.. Tapi cikgu kata ambiklah yang PALING CANTIK tanpa menoleh kebelakang.! Saya dah nak ambik rumput yang cantik tu.. Tapi ada lagi yang paling cantik didepan.. Saya teruslah berjalan, ada lagi paling cantik.. Last2 sampai sampai hujung padang, saya tak jumpa pon yang paling cantik.. Mungkin yang paling cantik itu ade kat belakang saya.. Nak undur balik tak boleh sebab cikgu kata pilih yang didepan saja.. Jadi tak de lah rumput yang saya petik..

Cikgu : Ya.. Itulah jawapan yang awak cari..




Maknanya :

"APABILA KITA DAH JUMPA ORANG YANG KITA SAYANG.. JANGANLAH KITA NAK CARI YANG LEBIH ELOK DARI ITU.. KITA PATUT MENGHARGAI ORANG YANG DIDEPAN KITA SEBAIK-BAIKNYA.. JANGANLAH TOLEH KEBELAKANG LAGI.. SEBAB APA YANG DAH BERLALU TU TETAP AKAN BERLALU.. SEMOGA IA TAKKAN BERULANG KEMBALI.. DAN INGATLAH ORANG YANG PALING KITA SAYANG TU LA PALING BAIK DAN PALING CANTIK.. WALAU DIIKUTKAN ADA LAGI YANG LEBIH BAIK DIDEPAN AWAK SEPERTI AWAK MENCARI RUMPUT TADI.."

PSS : Nie cikgu nak pesan.. Jangan pilih rumput, pilihlah manusia yew..

Monday, 18 November 2013

With love 18/11.... Tedy_ted

Hari nie..yeeayyhh hari nie beb.!!! Tarikh yang sangat bermakna untuk Miss kekacang.. Thats it 18/11 now.?? hehe.. Feeling love with someone.. Miss rasa macam nak berjiwang karat kali nie.. ooooh KAU ILHAMKU.. Traalaalaa


Heartbeats fast
Colors and promises
How to be brave
How can I love when I’m afraid to fall
But watching you stand alone
All of my doubt suddenly goes away somehow
One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I love you for a thousand more

Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
What’s standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this
One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I love you for a thousand more

One step closer
One step closer



A thousand years.. Oooops sorry terlebih feeling pulak..hehe.. By the way kalau Miss Kekacang loved you for a thousand year pon tak guna kalau tidak di izinkan oleh NYA.. Sama-samalah kita mencari redhaNYA.. Semoga kali ini kau adalah pilihan yang tepat.. Pilihan yang terakhir hadir dalam hidupku.. Yang akan membimbingku suatu hari nanti menjadi seorang isteri yang solehah.. Yang akan membimbingku ke arah jalan yang lurus.. Yang menerima baik burukku seadanya.. Yang akan menjadi suamiku.. Yang akan mengimamkan solatku.. Yang akan menjadi ayah terbaik kepada anak-anakku.. Yang akan selalu mengingatkan aku kepada yang lebih berhak ALLAH s.w.t.. Aamiin

Saturday, 16 November 2013

Sahabat sejati adalah kebahagiaan............

Sahabat.??? SAHABAT SEJATI.. Ia sangat bermakna bila kita pandai menghargainya.. Bila kita saling memahami.. Bila kita saling hormat-menghormati.. Bila kita pandai menjaga hati antara satu sama lain.. Dan bukan namanya sahabat sejati kalau kita tidak saling kongsi suka dan duka kita bersama-sama..


Mencari sahabat di dunia bukan mudah
Satu dalam seribu itu sukar
Memerlukan memori
Memerlukan kepahitan
Memerlukan pengorbanan
Terkadang terselitnya keindahan

Terkadang kita terkandas
Saat itu kita sedar siapa kawan
Dan
Siapa lawan
Sedia membantu dan memberi
Seiringan menjalani cabaran

Biar bertikam lidah
Janji saling mengerti
Biar berjauhan
Janji saling mendoakan
Biar berbeza pendapat
Janji saling menerima


Menjaga hati bukanlah perkara senang.. Bila kita perlu menjaga hati kedua-dua belah pihak..
Jadilah sahabat terbaik dunia akhirat..

PSS : The past cannot be changed, Forgotten, Or Erased.. However, the lessons learned can prepare you for brighter...

Tuesday, 13 August 2013

Bersyukur laaa...selagi termampu

Assalamualaikum....

Tajuk entry Miss.Kekacang kali nie, bersyukur laa.. Memang patut pon.. Sedih dan sayu bile dengar cerite kawan-kawan yang tak pernah kite tahu sejarah hidup mereka.. Mereka bukan berasal dari keluarga yang senang-senang or dengan perkataan yang lebih mudah..diorang bukannyew lahir-lahir da berr air-cond bagai..

Bersyukurlah... sorry yaw borrow this pic..


Ada diantara mereka yang terpaksa bangun pagi-pagi dimana ramai yang masih lena dibuai mimpi.. Terpaksa bersengkang mata untuk mengambil barang-barang jualan bagi menanggung family.. Mereka-mereka yang sepatutnyew bangun pagi-pagi bukan untuk mencari barang jualan tapi sepatut untuk belajar.. Tapi terpaksa lakukankan semua tu demi adik-adik yang tersayang.. Pelajaran sanggup diketepikan agar adik-adik yang tersayang dapat continue belajar..


Sayukan bile dengar.. So bersyukurlah dengan apa yang kitew ada.. Tak semua orang akan dapat apa yang mereka inginkan.. 

Tuesday, 25 June 2013

Besday girl..!!!!

Assalamualaikum...

Hai semua.. Okey.. Da lame rase nyew Miss Kekacang tak menghancur leburkan blog nie dengan kate-kate sweet 20 kan3.??kiikii 

Hari nie Miss Kekacang genap berumur 20 tahun.. Sweet 20 uuuu.. Tiba-tiba rase macam diri nie da terlebih matang pulak kan..hiihii,, Miss kekacang dapat pesanan dari yang tersayang tau..

INSYAALLAH.. Miss kekacang akan perbaiki diri untuk my future husband.. Kita sama-sama perbaiki diri iyeww
Dah tiba masa nyew Miss Kekacang bangkit semula.. Tak semesti nyew kita jatuh tersungkur, kite perlu give up.. Kadang-kadang kite harus bijak berfikir kehadapan, mungkin ade perkara yang lebih baik ALLAH simpan untuk kite.. 


TO MY TEDY :
*Walaupun awak tak seromantik seperti lelaki-lelaki idaman semua gadis.. tidak jugak sejiwang mamat jiwang yang selalu di impikan.. Tapi awak perlu tahu, awak yang paling terbaik, mungkin awak tak seperti shah jahan dengan mumtaj, bukan jugak seperti Prince Albert and Princess Charlene.. Cukuplah jika mencintai awak, akan mengingatkan saya pada Allah.. Sudah cukup membuatkan saya bahagia..

Sunday, 12 May 2013

Dia.. Dia.. Dia..... atau Dia.?? Pilihan terbaik.?? Hargailah....




Assalamualaikum....


Haii semua.. Tajuk kali nie lebih berkait rapat dengan relationship.. Relationship.?? mesti korang tertanye-tanyew kan kisah ape yang aku nak cerita kali nie.. Eh kejap.!! stop.!! stop..!! Sebelum bace jangan memandai doh membuat andaian naaa.. Kesian laa sikit kat miss kekacang nie.. Bagi laa aku habiskan cerita dulu iyee.. Ini tiada kaitan antara aku wif En.Tedy pon okey.. Kali nie tiada kisah-kisah romantik mahupun jiwang karat yang akan disajikan.. Sekadar mahu berkongsi pengalaman berkaitan relationship nie dengan korang.. 


Ramai yang dah sedia maklum kan.. Insan-insan yang dalam status "IN RELATIONSHIP" nie selalu nyew akan diuji dengan kehadiran insan-insan yang sedemikian.. Antaranya :


  1. Muncul nyew si jejaka-jejaka yang PERFECT 10.
  2. Hadir nyew si PEMANIS MULUT.
  3. Kehadiran Ex 5.
  4. Kemunculan SI PENGGANGGU yang cekal hati.

Meh sini aku terangkan kat korang satu-satu kenyataan yang  aku tulis kat atas tuh iyee.. Kalau salah maaf la iyee.. aku cerita berdasarkan ape yang telah aku lalui.. Semua pengalaman tak selalu nyew sama.. 

Firstly..!! Muncul nyew si jejaka-jejaka yang PERFECT 10.. Apa yang dimaksudkan dengan PERFECT 10..??? jenngg..!! jenngg.!!! Haaa mai mai dok dekat dekat ngan miss kekacang naa.. Perfect 10 tuh adalah insan-insan yang kacak, bergaya, berduit(Kalau setakat ade 10 hinggit dalam beg duit tuh, sila angkat kaki jangan berangan nk masuk dalam list berduit iyee).. 

Berkereta BESAR kalau setakat kereta lembu tu tak masuk dalam list ok..kiikii  Tapi gilrs,ok what kereta lembu.? ape yang kurang nyew.? tayar.? mesti la ade.. Seatbelt.? Aku rase tak payah nak seatbelt sangat.. Anda dijamin selamat.. Kalau cakap nak dapat saman tuh, hahaahaha korang buat lawak la kan.. confirm tak akan ade saman yang melibatkan anda telah melebihi had laju.. Haaa jimatkan duit.? Zaman yang serba moden nie ingat senang dapat naik kereta lembu.? Kalau laa aku dapat naik kereta lembu confirm.. confirm..!!! confirm muke aku seperti kera first time mendapat bunge..(hamboih peribahasa aku, suke suki jew menambah) Aku tak dapat nak bayangkan macam mane muka kera bila dapat bunga.? Kalau muka aku yang dapat bunga tu.? blushing laa.. Adakah.? Samakah.? cuba anda bayang kan.. Huurmm..  Eh cop-cop.. Agak-agak laa nak bayang kan tu.. Janganlah bayangkan muka aku yang tengah tersengih macam kera pulak eyh..!! Okeyh-okeyh.. Suda-suda lerr nak mengutuk aku kan.. TApi bagi aku kera tu akan bertambah comel bila die blushing..!! Dah terbayang-bayang bila kera tu blushing.. oooh sweet..hihii

Pss : Mesti korang tengah tersengih sorang-sorang kan.. Ape
        yang korang bayangkan nie.? ehem da dapat bayangan
        macam mane kera tersenyum dalam keadaan 
        blushing.?? kiikii COMELKAN.?? 

Berkejaya?? (berkelulusan bukan setakat diploma, degree dan ade jugak yang lebih dari tu) bukan nak menunjukkan, da berjaya atas usaha sendiri..  Alhamdulillah.. Memang tak dinafikan akan ramai gadis-gadis yang kiut-miut akan terpikat.. Siapa yang tak nak kan.? Setiap orang menginginkan pasangan diorang berkejaya.. Orang kate angan-angan Mat Jenin dulu.. Paras rupa ehem ehem..!! Boley tahan cik adik.. (sekali kenyit mate.!! adeeyhh boley pengsan sebulan lerr jawab nyew)

Kerja tetap (hermm kerja pon boleh tahan beb, macam engineer ke, pilot ke).. Baguslah kalau ade kerja tetap tu kan.. Nanti kalau da berkeluarga tak de la anak bini tu makan pasir pulakkan.. Haaa.!!! meh ceq nak habaq mai naaa.. Nak tau pengalaman kawan aku sorang nie.?hiihii Aku rase macam nak gelak guling-guling atas katil nie tau bila ingat balik.. Ade siap ditawarkan kawan aku tu untuk bekerja selepas tamat pengajian.. Giler ape.?? Hello..!! tahu la awak tu berkejaya.. Bukan macam tu cara nyew nak pikat hati someone.. Ingat nie kisah dalam novel tu kew ape.? Sweet.?? Tidak sama sekali..hihi(maaf bagi sesiapa yang terasa tu iyee) minta ampun yaa pak banyak banyak..  Tapi bagi aku Terbaikkk la kan..!! Memang untung laa siapa yang dapatkan.?tak payah susah susah nak cari kerja da lepas nie.. 



oh dang he's hot.. my heart is melting...melting.. melting..melting..  

Kalau dapat yang macam nie sape tak melting kan.?? Aku pon melting..ooopss masih menjaga hati nie untuk si dia..hiihii sorry En.Henry Golding  pinjam gamba sat naaa..


Yaannggg kedua, hadirnyew si PEMANIS MULUT. Apa itu si pemanis mulut.? okeyh kawan-kawan, si pemanis mulut nie membawa maksud si dia nie jiwang, romantik.. Jiwang.? Romantik.? Macam mane tuh.? Senang cerita laaa akan keluar ayat-ayat berbunga bak sejambak bunga ros dan jugak ayat-ayat manis(pergghh.!! kalah air gula tau) Iyee laa name pon nak pikat semut yang comel-comel kan.??hiiihii.. Ayat yang keluar pun mesti laa boleh tahan.. Kalau korang merajuk mesti tak tahan lama laa.. Aku jamin, nak merajuk terus tak jadi.. Orang cakap pakej lengkap laa.. kalau da perfect 10, pastuh jiwang dan romantik pulakkan.. cukup buat someone tu giler bayang laa.. Tapi bagi miss kekacang belum masuk dalam list pakej lengkap lagi.. Ape yang kurang.? Biarlah hanyew miss kekacang yang tau.. :)




Kehadiran Ex 5.. Ex 5.? bukan motor okey.. Kalau motor Ex 5 miss kekacang cadangkan korang ambik jew laa kan.. Da rezeki depan mate jangan ditolak.. Tapi masalah nyew Ex 5 tuh Ex korang.. Ex means bekas kekasih hati korang lerr.. Sesaje nak berrrr hiperbola terlebih..hiihii Yang nie aku cadangkan korang jangan ler terima dengan hati yang terbuka pulak iyee.. Kalau boley kasi smack down sama ini budax..hiihii Aku.? Aku buat ape kalau ex datang balik.? aku tak kasi smack down kot.. Macam kejam sangat jew.. Tak sampai hati.. Aku masih cuba untuk berperikemanusiaan kepada mereka-mereka yang telah berjaya menghancur leburkan hati aku.. See.?? Aku tak laa sekejam mane yang macam korang fikirkan.. Ape yang aku akan cakap.. Maaf perkhidmatan anda tidak diperlukan lagi disini.. Sila ringankan kaki anda bersama mesej-mesej berbunga anda untuk dibawa pulang dan jauh dari sini..!!!hihiks.. Baru laa name nyew miss kekacang kalau macam nie..


Kalau Ex 5 nie yang datang.. Alhamdulillah.. Rezeki name nyew.. Orang memberi, kita menerima..hehe  Dah boley bawak mak aku pergi jalan-jalan satu kampung nie yoook..!!

Tapi AWAS.!!! Kalau Ex yang macam nie datang.. Sila-sila laa lakukan ape yang miss kekacang cadangkan tadi.. yeeaayyhh smack down..!! smak down pon smack down jugak, keselamatan diri kena laa jaga iyeee.. jangan nanti aku jumpa hang da berkecai gigi tuh..hihi tak mau, tak mau, tak mau...





Kemunculan si PENGGANGGU  yang cekal hati.. Cekal hati laa sangat kan.. Eh tapi korang jangan terkejut tau kalau jumpa orang yang macam nie.. Dalam hidup die tak pernah ade perkataan MENGALAH.. BeRdasarkan pengalaman, insan-insan seperti nie, diorang takkan pernah putus ase untuk mendapatkan ape yang diorang nak.. Bagus laa kalau macam tu, sebab korang akan rase lebih dihargai.. Tapi berpada-pada laa.. Jangan sampai buat perkara yang memalukan diri sendiri.. Sampai dok paksa-paksa tinggalkan pasangan laa bagai.. Dok siap ugut lagi, kalau tak mau terima tak pa.. Kalau apa-apa jadi, hang tanggungjawab naa.. Hamboih..!! Kan tak elok macam tu.? Kalau iyee pon nak pikat, bersaing laa secara sihat.. Macam-macam care yang sihat anda boley buat untuk pikat hati someone tu.. Tak semua berperangai macam tu, cuma segelintir sahaja.. Jangan marah iyee.. lelaki mahupun perempuan sama sahaja.. Cuma satu jew, tolong hargai diri anda sebelum anda berangan-angan nak menghargai insan lain 0key.!!(pesanan ikhlas dari penaja)hiihii



Ok laa iyee adik-adik, akak-akak dan jugak abang-abang.. Aku tulis benda di atas tu bukan nak suruh korang fikir negatif.. Tapi jadikan ia sebagai pengajaran.. Kalau iyee pon hadir insan-insan seperti yang aku sebut tadi.. Tak jadi masalah.. Kalau ade jodoh tak kemane.. Tak salah kalau kite nak terima dia.. Tapi kalau tak de jodoh, jadikan ia nyew pangajaran.. Mungkin dalam status relationship nie, kite akan bertemu dengan yang lebih jiwang dan romantik.. Tapi kita tak mampu memiliki nyew.. Pernah terfikir kan kenapa.? Tak semua yang perfect dan kehendak kite akan kite dapat.. Tapi cuba laa hargai apa yang telah kita ada.. Paham kan.?? Kehadiran si perfect 10, si pemanis mulut, Ex 5 dan jugak si pengganggu tu mungkin akan menyedarkan kita betapa beruntung nyew kita sebab telah memiliki si jantung hati kite tuh.. Walau macam mane pon pasangan korang, cuba laa berfikir positif.. Mungkin ade sebab kenapa die bersikap macam tuh.. Eheem eheemm..!! bagi si comel yang mendapat pasangan yang agak KAYU jambu tu jangan laa menyesal.. Kayu tu ape.? Kayu yang aku maksudkan ialah tak de perasaan.. Tapi jangan risau, kalau kita ikhlas menyayangi seseorang itu.. Korang akan nampak betapa sayang nyew pasangan korang dekat korang.. WALAUPON SI DIE NIE KAYU OKEY.. tAK kisah laa kayu getah kaa, kayu jati kaa, apa-apa kayu laaa yang berkenan kat hati korang tuh.. Ape yang penting..?? Hati mau ikhlas maaaa..!! Sebenar nyew si die yang kayu nie akan lebih jiwang dan romantik setelah nikah..Hiihii  Nie bukan rekaan semata-mata okey.. Aku da korek punyew korek.. Korek pengalaman dari mereka-mereka yang lebih berpengalaman laa katakan..

Daaannn tidak lupa jugak bagi mereka-mereka yang dapat pasangan yang terlalu care pasal korang.. Bersyukur lah.. Kuat merajuk.? Itu normal sebab sayangkan.? Cuba terima dengan hati yang terbuka.. Cuba berfikir sejenak.. Tak lama, 5 minit da lebih cukup.. Haaa mai ramai-ramai dok pakat-pakat tongkat dagu naaa..!! Cuba korang fikir kan baik baik.. Korang da cukup perfect kew.? helloo nobody perfect in the world okeyh.. Tapi macam mane pasangan korang boley terima korang seada nyew.? Kan.? beruntung sesangat.. Sampai bila kita nak cari yang perfect kalau  yang depan mate pon kite tak pernah nak hargai.. Jangan jadikan kelemahan seseorang tuh sebagai satu masalah yang besar dalam perhubungan kita..(mengalahkan masalah dunia korang nie)

Tapi kalau dalam status relationship tuh korang jumpa insan-insan yang mengingatkan korang pada Allah.. Tak salah kalau korang mengenal hati budi die.. Tak memiliki tak pe.. Mungkin jugak kite boleh amik pengajaran dari situ untuk memperbaiki diri kite ke arah yang lebih baik.. Adik-adik kalau nakkan sesuatu yang bernilai mengalahkan sebutir permata, kite perlu laa bersedia untuk mengubah diri kite ke arah yang lebih baik.. Dulu aku pernah berfikir.. Kenapa aku tak dapat ape yang aku nak.? Korang pon mesti pernah kan.?hiihii Sebenar nyew aku tak pernah rasa cukup dengan ape yang ade.. Selalu menginginkan sesuatu yang lebih baik sedangkan aku tak pernah cuba untuk memperbaiki diri aku kearah itu.. So sekarang aku lebih berfikiran terbuka.. Bersyukur dengan ape yang ade di genggaman aku sekarang.. 

Taip punyew taip.. Laaaaa da nak habis rupe nyew.. Da naik lenguh tangan aku nie dok menaip dari tadi.. Aku rase cukup laa sampai sini dulu iyeee.. Kalau ade ape-ape yang perlu, aku akan tacap laa ape yang patut iyee.. Ini jew yang mampu aku coretkan untuk korang.. Have fun yaaww..!!(walaupon aku rase kali nie blog aku paling membosankan).. tak lupa, mintak maaf banyak-banyak kalau ade yang terase dengan ape yang miss kekacang tulis iyee.. Bak kata amir.. I'M SORRY..!!!! Bubye.. enjoy it..

PESANAN DARI MISS.KEKACANG
Hargailah dan jage laa ibu anda selagi dia masih ade.. buatlah die tersenyum seperti mana suatu ketika dahulu kite tersenyum kerana kasih seorang ibu., (ceq saja jaa dok menyelit nie) sempena hari ibu kan..hiihii Bukan sehari tapi setiap hari adalah hari ibu.. So hargailah ibu anda setiap hari.. HAPPY MOTHER'S DAY for all mums in the world..!!

Monday, 29 April 2013

Dear CIK HATI yang tunggang langgang.................


Assalamualaikum...

Haallluuuuu...haaalluuu(terase macam pelik bebenor bunyi nyew)



Kali nie miss.kekacang tak cerita banyak-banyak ok.. Menurut pandangan kawan-kawan.. Diorang bagi cadangan, kadang-kadang agak bosan bila bace blog yang terlebih panjang mengalahkan karangan BM.. Karangan BM korang cakap blog aku.?? Mungkin sebab dulu aku dapat A+ dalam bahasa melayu.. So tu yang terbawa-bawa sampai ke dalam blog kot korang.??kiikiii (masuk lif, tekan sendiri) Karangan pon karangan laa..hiihii Kali nie pendek ringkas dan padat.. Hermm aku rase sampai sini jew kot yang aku nak cerita.. Agak pendek kan kali nie.?? Ok laa semua.. bubyee..!!!



pss : Korang nak pergi mane tu.?? Aku tak habis cerita lagi
        laa..Aku gurau jew td..hiihii Nie baru nak start
        cerita.. Gimik pon tak lepas lagi.. Tak kan laaa da
        habis kot.. Meh meh bace cerita seterus nyew..


Pelik kan tajuk kali nie.. memang sesuai dengan blog aku yang agak tunggang langgang kali nie.. Nie aku nak tanyew korang sikit.. eerrkkk korang pernah rase tak macam nak tarcabut tangkai jantung nie.??? Pernah rase tak macam jantung nie berhenti berdegup.? pernah rase tak kadang kadang korang bukan kat tempat yang nyata.. Dah macam kat dalam alam fantasi.. Pernah rase tak yang mulut nie dah terkunci untuk berkata-kata.. terkedu.. tergamam bila si die berkata-kata.. dengan perkataan yang lebih jelas berdebar-debar jantung atau dengan lebih jelas yang teramat lagi jantung nie bekerja lebih mase menjalankan tugas nyew.. hah jelas kan.. ATAU LEBIH TERUK DARI ITU.? confirm pernah kan.?? hiiihiii


Ape.?? Giler.?? Aku giler.?? Agak-agak laa korang kan.. Kalau nak cakap aku giler memang tak laaar kan.. Aku masih waras.. nak bukti nyew.? okeyh-okeyh.. 1+1=2 haaaa see.?? aku masih waras okeyh.!!! kiikii (melebih-lebih kan aku nie) berrrrr hyperbola tak kena tempat..



Agak-agak korang la kan kenape perasaan macam tu hadir iyee.? tak paham kan kenape mesti perasaan macam tu muncul.. haishh yang buat aku bertambah tak paham kenape aku rase semua tu.? Tak adil sungguhkan..Terase macam terseksa hati nie bagai dijentik-jentik dan dipalu-palu macam kompang tuh..hiihiii (melampau sangat) Aku sorang jew kew yang rase semua tuh.? serabut sungguh(tapi still tersenyum macam lembu tak cukup gigi jew gaye aku nie) kiikii.. Fall in love kew aku nie.? Bukan dari dulu lagi aku da memang fall in love.? stop..!! stop..!!! stop it..!!! sudah la otak.. berhenti berfikir.. nampak tak gimik aku disitu..hiihii



Fall in love.? 

Kredit to En.Tedy.. boley tak lain kali jangan buat aku macam tuh.. Kalau lame-lame mau bukan setakat urat jantung yang lemah.. urat-urat kat gigi aku pon boleh lemah tau tak.. boleh gugur tau gigi-gigi aku yang comel nie.!! comel kew gigi aku.? boley la..hiihii (tak salah sekali sekale memuji diri sendiri) Mak aii memang laa betul ape yang orang cakap kalau kite betul-betul fall in love semua perasaan yang pelik-pelik tu akan hadir.. 


Dear En.Tedy.. tak perlu kot aku bagi tahu die ape yang aku rase.? memalukan diri sendiri jew nanti.. 
Silap hari bulan mau aku yang digelakkan.. Cukup la simpan ketat-ketat dalam hati nie.. Jangan lupe lilitkan dengan rantai besi iyee miss kekacang..kiikii  (bila telah tiba mase nyew,InsyaAllah kau akan tahu jugak)

Dear Cik.Hati tolong lah jangan menjalankan kerja lebih mase kau tu.. tak payah nak buat over time.. Bukan aku bagi bonus pon.. Cube la kau cool jew time die berkata-kata.. susah sangat kew CIK HATI.? (tapi memang susah pon, kau ingat senang miss kekacang.?) Hamboi melawan tuan nampak CIK HATI..!!! Sebelum nie macam kau tak pernah merapu, merepek, buat lawak terlebih CERDIK depan die.. slumber badak jew kau melawak.. Macam laa kau tak pernah dengar suare die.? Tapi kali nie perghhh..!!! ape kena dengan aku nie.?? aaaaa sudah..!!! jangan nak difikir sangat.. Ape-ape pon, kepada cik hati sila berhati-hati selepas ini.. Jangan kau gatal-gatal nak berdegup laju iyee... AWAS..!!!



Tak perlu kot.. I think I know who is fall in love with me.. (perasan jap depan cermin) kiiikii..

Cukup laa sampai sini kot.. kepada abang-abang, kakak-kakak, adik-adik, makcik-makcik, pakcik-pakcik, atok, nenek.. semua laaa..Da terase kering saliva aku berkata-kata.. jumpe lain hari iyee.. aku caauuuww dulu.. Bubyeee.!!



Ya Allah..Jika nama dia yang telah tertulis di atas sana untuk ku.. aku terima segala kekurangan dia.. aku terima dia seadanya seperti mana yang ENGKAU telah ciptakan.. Kuatkan dan dekatkan hati kami supaya saling menyayangi antara satu sama lain serta saling memahami.. Tabahkan hati kami dengan dugaan yang mendatang.. Amin.. Amin Ya Rabbal Al-Amin..







Monday, 22 April 2013

En. TeDy coklaT maSAm mAniS kU......


Assalamualaikum..... 


Macam biase laa iyee..tak sah kalau aku tak start cite aku dengan........ 


Haallluuuu.....haaalllluuuu.... 


Ini kisah antara aku dan En.Tedy.. En.Tedy.?? nak tau macam mane name tuh boley lekat kat die.? ikuti kisah selanjut nyew(cewayhh da macam episod kat dalam drama tv tuh)..kisah kami bermula di.................. 


TBS..iyeee TBS.. macam tak percaye kan bile dengar name tempat tuh.. Tak eksklusif langsung dan tak de privasi.. perjalanan aku ke TBS tuh tak laa amik mase yang lame.. tapi mase tuh hanya Tuhan jew yang tau macam mane aku rase.. 30 minit aku rase macam berjam-jam dalam komuter tuh.. berpeluh tak payah nak cakap laa kan.. basah aku macam mandy hujan.. makeup.??korang jangan tanyew laa pasal makeup aku.. (dah confirm-confirm makeup aku cair beb)Aku ingat lagi, aku bawak sorang bodyguard (tak la bodyguard sangat, tapi sebagai peneman hati yang gundah gulana nie)hiihii


Dari Midvalley kew seputih.. Seputih kew salak selatan.. Terase macam dicurah-curah air ke badan.. kalau korang letak baldi kat situ, confirm penuh baldi tuh.. Dari salak selatan dan akhir nyew ke Bdr tasik selatan.. Sampai jugak aku di terminal TBS.. 



Yang bertanda merah tuh la laluan aku kew TBS.. 

1st step yang aku lakukan.? Suda semesti nyew cari port yang sesuai dan agak tersembunyi, then msj En.Tedy tuh.. Nak tau aku tanyew ape.? Haaa msj nyew berbunyi begini..

Miss Kekacang : kat mane and pakai baju warne ape ea.?

tibe2 tuuttt2(phone aku vibrate beb)nak bukak msj pon berpeluh..kiikii then die reply

En.Tedy : depan KFC dan pakai sweater hitam biru

Aku ngan bodyguard aku tu pon ape lagi, bergegas laa gi cari En.Tedy tuh.. Punyew laa bersemangat bodyguard aku yang kecik tuh mencari En.Tedy.. Aku pon tak tau ape yang die bebelkan sorang2 kat depan tuh.. yang aku tau mase tuh(paras urin dalam bladder da sampai tahap yang tak mampu untuk di storage) Aku pon ape lagi jeling punya jeling kiri kanan.. Yeesss..!!! akhir nyew aku macam ternampak kelibat toilet.. Tanpa sedar kaki aku macam ditarik oleh kuasa medan magnet yang sangat kuat.. Destinasi aku adalah TOILET..hiiihii Agak lame aku kat toilet tuh.. Dok sibuk tacap situ, tacap sini.. Tiinngg..!!! macam ade petir halilintar lalu kat otak aku nie.. ooowyeaayh baru teringat yang aku datang kat TBS tuh dengan sorang bodyguard kecik..kiiikii


Dalam keadaan tercungap-cungap bak orang kata dalam keadaan(short of breath la kata kan) aku pon terhendap-hendap cari si bodyguard kecik aku tuh.. Korang nak tau aku jumpe si bodyguard aku tuh kat mane.? kat sebelah bangunan KFC kat celah2 bangunan tuh..then aku pon gi la kat si bodyguard aku tuh.. perghh.!!tak sangke, sampai jew kat situh terus kena bebel beb(tak pelah aku terima..balasan atas sebab biarkan dia bercakap sorang2 macam orang giler tadi)hiiihiii Tapi disebabkan jase baik bodyguard aku nieh, aku akhir nyew jumpe someone guy yang pakai sweater hitam biru.. eerrrkk..!!! Itu laa En.Tedy aku.! macam tak percaya.. Ade kew patut die dok hendap En.Tedy aku tuh dari tadi.. Haish kalau lame-lame aku tinggal mau cair budak nie..(jage pandangan mate tuh okey)sabaa jew laa..

Aku pon ape lagi.. Dengan muka selambe badak air, bluehypo segala jenis badak la(muka tembok la katekan) gi laa kat En.Tedy tuh untuk sapa die.. kalau la korang tau, sebelum aku gi tuh da macam main tarik tali..(haaa macam lembu kena tarik tali kat hidung tuh) Tapi nie lain sikit, lembu pemalu kot.. perasan lebih.. kiikii Kena tolak then datang balik.. tak nak jumpe la.!! aarrgghh aku tak bersedia.. malu nyew!!! 

Senyuman yang paling manis aku bagi kat  die tau(kalau laa ade semut time tuh, aku yakin habis satu badan kena serbu)kiikiii 

Duduk berhadapan dengan En.Tedy tuh perrrghh!! boley gugur jantung aku nie macam jantung pisang.. (1st time aku gugup macam nie, orang kate petanda jumpe cinta yang sejati)kalau ade jodoh tak ke mana kan.? Tangan jangan cakap laaa.. terketar-ketar macam parkinson weyy.. Die kat depan mate aku da tak hirau.. Sibuk dok menghancurkan handbag aku tuh.. (nak cover tangan yang terketar-ketar tu la kate kan)Makk aaaii.. makin menjadi-jadi tangan aku nie.. Tibe-tibe ttuuuttt2.!! phone aku vibrate la wey.. sape pulak yang msj nie.. Kacau daun betullah.. Adehh hampir terlupa aku.. macam mane nak pegang phone nie.?(touch screen pulak tuh) tangan da la tak berape nak stabil.. Akhir nyew aku berjaya jugak tekan button on message setelah berkali-kali mencuba.. Well gud try miss kekacang.. Dari si bodyguard kecik.

Bodyguard kecik : muke die macam kwang soo la beb..!!

What..???? Kwang soo..?? Aku pon ape lagi.. Serta-merta angkat muke, nak jugak laa tengok muke si die nie.. Tak perasan pulak yang aku terrr OVER tengok..(sambil tersenyum kambing) Tengah syok-syok dok perhati muke die nie yang tengah makan roti tuh.. Tibe-tibe.!!!! Toiinkk.!! tooiinnk.!! Alamak roti yang die makan boley pulak terpelanting dari mulut die..kiiikiii (sikit jew roti yang terpelanting dari mulut die, tapi gaye aku cerite macam sebuku roti tuh terpelanting) Kadang kite kena over acting baru la tak bosan hidup nie..kiikii Merepek kuat.. Dalam hati aku, gelabah jugak die nie ea.. (tapi comel sesangat bile die gelabah)

Nie laa Kwang Soo yang aku maksudkan tadi. Running Man.. korang mesti ingat kan muke die nie.. Tak sangke pulak buah hati aku mirip ngan actor nie.. Hidung die maybe.. hiiihii (tapi ape pon, En.Tedy aku tetap satu dan tiada bandingan)

Bukan setakat tuh okeyh.. Aku ingat lagi.. masa tuh aku, die dan bodyguard kecik tuh pon mula bergerak nak pegi Midvalley.. Time tuh die.. die.?? alaah korang nie..paham-paham laa.. En.Tedy aku la, sape lagi.. gi ATM.. Then si bodyguard kecik aku tuh tibe2 datang kat aku.. bagi botol mineral.. mimpi ape.? tibe jew baik hati belikan air mineral untuk aku.. yang pelik nyew air tuh da tinggal separuh.. Dalam keadaan berbisik die cakap kat aku (nie hah botol air En.Tedy kau tuh, jatuh tapi tak nak amik) Aku pon ape lagi gelak sakan lerr.. Tapi still cover cun tuh.. kiiikii(how sweet you are En.Tedy) 

Aku tinggalkan bodyguard kecik aku tuh kat Midvalley.. Aku dan die mule bergerak ke KLCC.. Macam-macam yang berlaku kat KLCC tuh.. time tuh laa aku nak terjatuh la bagai..(nasib die tak perasan) nak kate pakai high heel tak jugak.. flat jew kasut aku.. haaa baru aku tau.. aku pakai dress la beb.. ingat senang kew nak tengok aku pakai dress.?? susah..susah.. Dari KLCC ke pasar seni.. seterus nyew kew TS(times square).. Sampai kami di Titiwangsa.. beli punyew beli.. fulaamaakk..!! tiket bus yang terdekat habis laa weyy.. tapi jangan risau, nie aku laa miss kekacang.. petik jari.. Tinngg..!! dalam sekelip mate tiket suda ade di tangan..hiiihii (cerita kena gempak) 

Sebelum aku dan die bertolak balik ke kampung halaman(kebetulan kampung halaman same pulak tuh) senang laa kan.. Die belanje aku makan beb.. Tak laa makanan yang mahal-mahal.. Makanan yang simple dan sangat cukup membuatkan aku terharu.. Yang paling aku terharu, saat die hadiahkan aku sesuatu.. mesti korang nak tau ape die kan.? ehh jap-jap jangan laa tengok gambar yang kat bawah nie lagi.. gelojoh la korang nie..hiiihiii okey sekarang korang boley tengok..

Comelkan tedy tuh.. Macam tuan die.. Haiisshh terlebih memuji nie.. Kalau laa Tuan Tedy nie tau mesti kembang satu badan die.. 


Mesti korang tertanye-tanye kenape aku panggil die En.Tedy kan.?? okeyh memang tak dinafikan name tuh aku bagi sempena Tedy yang die hadiahkan tuh.. Dan yang paling penting sebab perangai die tuh, agak kiut miut di mata aku.. Bak kate orang 'mencintai dan menyayangi seseorang itu bukan hanya pada paras rupa, harta mahupun kesempurnaannya.. tapi ianya terletak pada kekurangan seseorang itu.. Kekurangan die la yang akan menjadi pelengkap hidup kita..' itu lah dipanggil Kesempurnaan dalam perhubungan.. Cewaayhh terlebih jiwang pulak aku nie kan..hewhewhew Cerita aku nie tak laa se'hot' mane pon.. Tapi cukup la 'sekadar Hanye ada aku dan die'..

Friday, 19 April 2013

Ramai nyeerrr BFF aku..????


Haallluuuu..haaalluuuu

Eheem..eheemm..terlupa nak bagi salam


Assalamualaikum.....


Hai semua.. Aku masih baru dalam dunie blogger nie.. okayh the main purpose aku adalah untuk enjoy2 saje dan kongsi ape yang patut ngan korang.. 


Siapa kat sini pernah ade kawan baik..? okeyh semua angkat tangan(push your hands up) Tipu SESANGAT ler kan kalau korang tak dek kawan baik.. Atau lebih dikenali sebagai BFF you know.. cewaaahh speaking pulak aku (teringin nak jadi omputih ler kate kan).. tapi kebiasaan nyew korang hanyew akan ade sorang or maybe dua orang BFF.. 


Tapi untuk situasi aku nie lain sikit (tak la sikit tapi banyak jugak ler).. BFF aku.? 29 orang beb, terbaikk kan.. meh aku perkenalkan korang dengan BFF aku..




Bermula dari kiri yang tudung mer0o0on tuh name die ummi tya, next jed, kak nyet nyot, yani, mira, yaya, oppa aizad, nami pulasan, along uzair, iwan, aiyu, teng, hawa, anis, mera, aji, syida, smack (si kecik yang sesangat comel), cha_oi, popo, syark, wawa..

Tuh la BFF aku.. Tapi ade tujuh orang yang tak dek dalam gamba tuh.. sharalla, kak atirah, apek, dijah, shu ling, sila, and lastly but not least que(my roomate).


Dan ini adalah antara mereka2 yang selalu berkepik dengan aku(bilik dekat ler katekan, memang la asyik berkepik kan).. kalau korang nak tau, salah sorang dari yang diatas tuh kami panggil die raksasa gunung(true identity had to hide)kiikiikii.. Tapi jangan risau sebab die tak merbahaya..tak makan orang (itu yang penting)..hihihi.. Penyayang gitu makkk



Comelkan BFF aku.. kalau korang nak tau diorang nie semua sporting2 and giler2 macam aku..eerrkkk (pengakuan berani mati, aku giler2 kew.?)ape-ape jew laa



Kadang-kadang kami memang macam kanak-kanak ribena.. Kanak-kanak ribena.? (kanak-kanak yang terlebih hyperaktif) maksud yang direka khas oleh aku..kikiki

BFF aku nie special sikit..nak tau sebab ape.?sebab korang aku da anggap macam family aku.. Dimana ade aku pasti ade korang.. aku still ingat lagi satu memori tuh dengan korang..

Mase tuh kite gi i-city.. firt time overnight la katekan.. masing-masing muke macam nak tercabut mandibel sebab ternganga..kiikii (teruja la kate kan dengan kecantikan KL pada waktu tengah malam) Yang paling best bile korang bawak aku dan yang lain-lain pusing satu KL.. Dari situ aku kenal dengan lebih dekat KL.. aku dapat lihat macam mane keadan KL yang sebenar nyew (tak laa asyik tengok dalam tv jew) Da macam katak bawah tempurung.. eeerrkk..!! Sampai jew di i-city, aku wif my lovely BFF jalan-jalan (atau dengan perkataan yang mudah di fahami kami memulakan eksperimen kami mengkaji setiap seni bina di i-city tuh) Mudah difahami la sangat kan..hiihii



Dimulakan dengan aku naik benda alah tuh.. benda alah.?? mesti korang tertanye-tanye kan ape die la benda alah tu.??

Nie la benda alah yang aku maksudkan tu..kiikiikii Cantikkan benda alah ni.?? Besar dan tinggi pulak tuh.. 

Mase aku nak naik benda alah tuh.. Perghh siap pandang kiri kanan.. berfikir sambil tangan kat dagu (siapa agak-agak nyew yang layak naik ngan aku.?) insan yang terpilih adalah mereka yang muke confident giler.. yang muke macam da nak tercabut anak tekak tuh confirm aku tolak tepi(berlagak giler kan.??)hiiihii

Saat pintu ditutup dan dikunci.. muke aku ngan patner aku tuh.. tak payah cakap la.. muke kerek giler beb.. (eleh setakat benda alah tuh.?tak takut la) Bila start jew berputar.. aku cool lagi beb.. die.? macam aku..sama-sama cool.. bile sampai jew kat tahap ketinggian yang amat sangat.. aku da start gelabah.. ingat aku sorang jew.. tengok kawan sebelah.. die.?? ingat kan cool tapi......... GELABAH jugak.. pikir punyew pikir.. tinngg.!! aku dapat idea.. jeenngg2.. snap gamba masing2.. itu la care nyew nak menghilangkan rase kecut hempedu aku tuh..hiihii

Sedar tak sedar habis jugak satu pusingan.. aku ngan patner aku.?? muke kami.?? confirm la muke macam tak de ape2 yang berlaku.. Tak kan laa nak tunjuk muke kami yang pucat tuh (fuuhh..!! jatuh saham kami tau sebagai girls yang tak takut cabaran)hiihii.. Pusing-punya pusing satu i-city tu sampai tak tau nak buat ape daaa.. pilihan utama lepak lerr.. lepak sampai lebam.. yang paling aku terharu ngan korang bile korang care sangat sesame sendiri.. sanggup jemput kami bile kami col, then kate kami kena kacau..(rase macam dihargai sangat2)hiihii


Ape-ape pon..Korang memang terbaik laaa.. Yang aku termampu cakap, korang memang eksklusif, awesome giler tahap cipan dan yang paling penting korang caring SESANGAT tau.. thanx for being my BFF.Sayang korang double triple cheese laaa..hihihi